YB Datuk Alexander Nanta Linggi dan Dato' Saifuddin Abdullah

IRAMA menarik perhatian umum berdasarkan tindakan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez yang juga adalah pelaku muzik veteran Malaysia yang telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia berkenaan isu ini.

IRAMA amat bersetuju dan menyokong agar tindakan menyelesaikan masalah yang telah bertahun-tahun ini dapat diselesaikan dan hak-hak pelaku dan penggiat industri muzik yang selama ini dinafikan atau disusahkan perlulah diberikan perhatian yang sewajarnya oleh pihak-pihak yang terbabit, apatah lagi mereka ini antara golongan yang terkesan akibat pandemic covid19 yang sehingga kini masih belum pulih malah bertambah.

Namun IRAMA berpendapat isu ini wajar dilihat dari akar umbi dan cara penyelesaiannya memerlukan iltizam yang tinggi terutama dari pihak Kerajaan Malaysia sendiri berdasarkan sejauh mana pentabiran melihat isu ini dapat memberikan sokongan secara saksama dan adil kepada semua pihak yang terlibat.

Justeru itu, tindakan pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) menerusi pertemuan menteri-menterinya YB Dato’ Saifuddin Abdullah dan YB Datuk Alexander Nanta Linggi bagi isu-isu royalti yang berbangkit ini amatlah dihargai dan dinanti-nantikan hasilnya oleh lebih kurang 3 ribu pelaku dan penggiat industri muzik yang menanti bertahun-tahun pembayaran ini.

IRAMA juga melihat tindakan KKMM melantik Pegawai Khas Menteri yang khusus membantu Menteri dalam urusan dan hal ehwal muzik Malaysia, menterjemahkan betapa YB Dato’ Saifuddin begitu serius dalam membantu hal-hal dan permasalahan yang bersangkutan dengan industri muzik dan keseluruhan sistem sokongan kepada industri muzik Malaysia iaitu penggiat, pemain dan pelabur industri serta aktiviti yang berkaitan seni dan budaya.

Memandangkan pentadbiran kerajaan-kerajaan yang lepas telah lebih 60 tahun ‘terlepas pandang’ perkara ini sehinggakan industri muzik Malaysia dikuasai dan dibentuk oleh pihak kartel-kartel samada secara langsung atau tidak langsung, sehinggakan Kerajaan tidak dapat memunafaatkan pelaburannya secara berkesan apabila ramai graduan-graduan universiti dan kolej dalam bidang muzik sendiri dilihat tidak ramai yang mampu memasuki pasaran industri!

IRAMA juga berterima kasih atas peranan dan inspirasi-inspirasi yang dijelmakan oleh YBrs. Pengerusi FINAS, Tuan Zakaria Abd Hamid yang bersama-sama memfokuskan kaedah dan perancangan untuk membantu memajukan industri muzik secara saksama dan adil kepada semua pihak pelaku / penggiat, pemain dan pelabur tidak kira besar atau kecil. Bersama membantu adalah barisan pengurusan FINAS yang telah berpengalaman dalam mengurus dan menghalatujukan pembangunan filem Malaysia, sesungguhnya ianya dapat digunakan sebagai asas menyediakan kaedah yang mapan untuk industri muzik juga.

Sehubungan itu, selain dari penggubalan Akta Muzik Malaysia dan Perbadanan Muzik Malaysia yang masih dalam perancangan, IRAMA telah membuat keputusan untuk menganjurkan “Bengkel Usahawan Muzik” di seluruh Malaysia bagi memberikan kefahaman dan tatacara urusan konten digital bagi penggiat/pelaku muzik memahami cara perniagaan muzik secara digital streaming dan monetising. Bengkel ini yang sedang peringkat akhir untuk kelulusan pihak KKMM yang secara dasarnya akan ‘menampal’ kelemahan aspek perubahan cara perniagaan muzik masakini dan seterusnya memahamkan pelaku/penggiat selaku pemilik konten dapat mendaftarkan konten mereka dan berhak menerima bayaran royalti persembahan awam jika lagu atau konten mereka dimainkan oleh pelanggan-pelanggan platform digital streaming audio/video, radio/tv tempatan atau luarnegara dan dimainkan oleh pasaraya, mall juga konsert dan pentas.

Difahamkan, terdapat ribuan pemilik-pemilik konten muzik dan audio juga video samada label kecil atau label nama indie persendirian masih belum mendaftarkan lagu-lagu mereka atau tidak memahami caranya lantaran ilmu dan kefahaman ini tidak tersebar secara akademik sebaliknya hanya berlegar di kalangan pemain industri tahap international atau syarikat label tempatan besar. Lebih malang lagi, organisasi pemungut hasil royalti ini (seperti yang dimaklumkan oleh Freddie) yang telah berpuluh menerima bayaran royalti secara lump sump dan mengagihkan secara kaedah mereka sendiri sedangkan bayaran yg diperolehi adalah dikira untuk semua pemilik konten yang lagu mereka dimainkan walaupun sekitar 10 saat.

Royalti Persembahan dan Siaran Awam serta Digital Adalah Elemen Penting Perniagaan Muzik Masakini – IRAMA

Apa yang disuarakan oleh Freddie itu adalah jelas diperolehi dari pengalaman beliau yang pastinya akan dikecam dan dipulaukan oleh mereka yang berkepentingan dan pihak-pihak yang sudah lebih 60 tahun (sebenarnya dari tahun awal sebelum merdeka) menjadi raja membuat keputusan dan peraturan yang sentiasa memihak kepada mereka.

IRAMA berharap semua pihak terutamanya di peringkat jabatan-jabatan kerajaan dapat mengawal suasana dan sentiasa berintergiti tinggi bagi memastikan usaha merakyatkan industri muzik ke arah membudayakan jati diri dan tamadun negara pada masa akan datang. Diharap peluang perniagaan ini dapat dikongsikan secara saksama dan adil buat semua penggiat, pemain dan pelabur industri muzik.

– Ayob Abd. Majid (Presiden Konsortium IRAMA)

Leave a Reply

Your email address will not be published.