Atas dasar keprihatinan kepada penggiat seni muzik, IRAMA seperti biasa terpanggil untuk melakukan sesuatu apabila terdapat kalangan penggiat yang mendapat musibah yang telah bermula sejak PKP yang bermula Mac 2020 yang lalu. Beberapa artis dan penggiat seni muzik telah dibantu serba sedikit hasil sumbangan rakan-rakan industri dan pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia bersama FINAS di bawah pimpinan Pengerusi Tuan Zakaria.

Kali ini sosok penulis lirik yang suatu ketika amat popular (sehingga kini pun masih popular!) dengan lirik ciptaan beliau bertajuk ISABELLA yang dinyanyikan oleh kumpulan SEARCH, diikuti pula beberapa artis lain sehinggalah popular di negara jiran iaitu Indonesia suatu ketika dulu.

Sejak terdengar berita musibah yang melanda Bob yang memerlukan bantuan untuk kos rawatan pembedahan jantungnya, IRAMA dengan persetujuan Bob, terus memulakan kempen Tabung Bantuan Bob Lokman bagi mengutip derma di kalangan rakan-rakan rapat dengan tagline #KitaJagaKita yang buat di dalam group whatssap FORUM MUZIK di mana group ini diuruskan oleh Presiden IRAMA sendiri iaitu Sdr. Ayob Abd. Majid.

Dato’ Hattan adalah artis yang memulakan program Tabung Bantuan Bob Lokman

Selanjutnya program kutipan bantuan ini digerakkan secara rasmi pada 4 December 2020 bagi menjemput khususnya peminat muzik tempatan yang ingin membuat sumbangan berkolaborasi bersama stesyen radio online yang popular iaitu BAPAKKU FM yang dimiliki dan diuruskan oleh DJ Rock popular iaitu Sdr. Isma Halil.

Aris Ariwatan juga turut turun ke padang bagi membantu.

Antara yang telah turun membantu membantu persembahan ‘live streaming’ adalah Dato’ Hattan, Aris Ariwatan, Datin Ramziela, Amir UKs dan ramai lagi. Pemuzik dan penyanyi busker yang popular iaitu Sdr. Bob Sentuhan turut terpanggil bagi membantu rakan industri dengan bersetuju mengiringi persembahan ‘live’ ini membantu rakan industri. 

Datin Ramziela turut membantu.

Program bantuan ini akan dilancarkan secara rasmi pada 20 December 2020 ini di mana Menteri KKMM sendiri YB Dato’ Saifuddin Abdullah telah menyatakan persetujuan untuk hadir ke konti Bapakku FM dengan diiringi oleh Dato’ M. Nasir. Program ini dijangkakan bermula jam 9 malam.

Dijadualkan pada pada 24 December 2020 ini akan diadakan acara MAWLID 4 THE LOVE yang dianjurkan oleh IRAMA dengan kerjasama Bapakku FM dan portal streaming Muslim iaitu ISLAMICTUNES.NET

Antara pengisian acara yang akan bermula dari jam 9 malam ini adalah tausiyah oleh daie popular dan persembahan mawlid dari kumpulan nasyid HUFAZ.

Pada 26 December pula IRAMA akan berkampung bersama artis-artis anak Johor di Warisan@7 JB beralamat di Jalan Petri, Kg. Tarum, Johor Baru yang ingin bersama membantu Bob Lokman dalam membuat kutipan tabung ini.

Seterusnya program Tabung Bantuan Bob Lokman ini dijangka akan membuat majlis penutup di negeri kelahiran Bob Lokman pada 29 Januari 2021 di DCZ Seaview Kota Bharu bersama artis anak-anak Kelantan di mana ianya merupakan acara usahasama antara IRAMA dan EHFC Eddie Hamid Fans Club.

IRAMA ZIARAH KE RUMAH BOB LOKMAN BAGI MENYERAHKAN SEBAHAGIAN KUTIPAN YANG TELAH DISUMBANGKAN OLEH PEMINAT MUZIK MALAYSIA.

Turut hadir adalah YAB Menteri Besar Kelantan yang melawat Bob Lokman di rumahnya

Bagi membantu seberapa cepat yang boleh, IRAMA telah mengaturkan pertemuan ziarah ke rumah Bob Lokman, 56, yang telah selamat menjalani pembedahan membetulkan degupan jantung, Cardiac Resynchronization Therapy & Defibrillator (CRTD) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada 2 Disember lalu bagi menyerahkan sumbangan awal yang telah terkumpul bagi meringankan beban semasa Bob yang memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk rawatan susulan.

Ziarah ini juga turut disertai Pengerusi FINAS, Tuan Haji Zakaria yang sememangnya telah memulakan kempen Tabung Prihatin untuk menyampaikan bantuan kepada penggiat seni termasuk seni muzik bagi meringankan beban kesusahan. Turut diziarah adalah penyanyi lama yang popular suatu ketika dahulu iaitu Rosemaria dan beberapa penggiat lainnya. Antara yang turut hadir adalah Sdr. Eddie Hamid dan setiausaha IRAMA Sham.

Leave a Reply

Your email address will not be published.