Bagi pihak Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), saya mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pegawai-pegawai di KKMM, FINAS termasuk juga Jawatankuasa Protem Perbadanan Muzik yang lalu sehingga berjaya mewujudkan sebuah Jawatankuasa Muzik di bawah FINAS ini.

Tentunya langkah YB Menteri meletakkan muzik di bawah FINAS ini adalah langkah sementara bagi gerak kerja iaitu menggubal Akta Muzik dan seterusnya membentuk Perbadanan Muzik Malaysia. Kami di IRAMA amat yakin dengan iltizam yang ditunjukkan oleh YB Menteri dan pegawai-pegawainya bagi membantu industri muzik Malaysia secara menyeluruh yang membangunkan ekosistem industri muzik dari ‘head to toe’. 

IRAMA juga amat gembira bilamana idea kami tentang usaha Pembangunan Usahawan Muzik ini mendapat perhatian YB Dato’ dan insyaaAllah IRAMA telah bersedia mengendalikan BENGKEL ASAS USAHAWAN MUZIK keseluruh negara, dengan izin.

Menerusi bengkel ini juga, IRAMA telah menyediakan sebuah platform MusicXChange.Cloud“Music Database & Streaming Malaysia” sebagai pusat database penggiat seni muzik, pemain dan pelabur industri industri yang boleh di akses secara percuma oleh semua khususnya bagi membantu Jawatankuasa Muzik, Agenis-agensi kerajaan dan swasta serta orang ramai mendapat maklumat secara terus seperti membuat tempahan persembahan, membuat tajaan dan lain-lain; yang tentunya dapat membantu penggiat, pemain dan pelabur (syarikat rakaman) mendapat peluang perniagaan. 

Apablia ekosistem industri ini lengkap, barulah ianya menjadi sebuah industri yang memunafaatkan kepada semua rakyat Malaysia dan secara sendirinya bersedia menjadi pengekspot muzik ke peringkat global.

Akhirkata, IRAMA memang diwujudkan untuk membantu pelabur iaitu syarikat-syarikat rakaman kecil dan sederhana dan pemilik muzik indie, namun pastinya perjuangan ini akan ke arah memakmurkan industri ini secara menyeluruh dan bukannya dimonopoli oleh beberapa pihak saja. Pengalaman akhir Allahyarham P. Ramlee menjadi teladan kepada kami bahawa industri yang lumayan ini seharusnya dinikmati bersama secara saksama. 

Salam kasih sayang dari saya, AYOB ABD. MAJID – Presiden Konsortium IRAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.