Konsortium IRAMA ucapkan tahniah kepada artis Ella, Ivi, Mohram (pemuzik) termasuk Dato Wah Idris serta Habsah Hasan (ciptaan lagu “Standing in the Eyes of the World) Helen Yap kerana dipilih menyertai program American Music Abroad anjuran Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia sempena sambutan kemerdekaan Negara itu.

IRAMA berharap Malaysia dapat mencontohi program ini bukan saja dapat membuka peluang mengeksport konten dan bakat Malaysia keserata dunia, malah turut menyebar budaya, tamadun serta pemikiran Malaysia kepada dunia menerusi MUZIK. Justeru itu, IRAMA akan menyokong dan membantu kerajaan dalam sebarang usaha untuk memulakan penubuhan jawatankuasa muzik di bawah mana-mana agensi KKMM dalam bentuk merangka dasar dan gerak kerja pembangunan jangka panjang dan bukan sekadar tindakan ‘ad-hoc’ atas satu-satu isu saja seperti kebiasaannya.

Bila mana disebut pembangunan, sudah pastilah ianya sebuah proses yang bukan saja melihat dari aspek komersial, malah perlu bertunjang kepada seluruh ekosistem industri bukan saja kepada penggiat seni muzik, tetapi juga pemain dan pelabur industri.

Kami bersedia bersama-sama mengusahakan pelan perjalanan (roadmaps) jika Jawantankuasa Muzik yang diberitakan akan diwujudkan di bawah FINAS dapat dizahirkan bersama pelbagai kementerian lain seperti Kementerian PelanconganPelancongan, MITI dan KDNKKP.

– AYOB ABD. MAJID (Presiden Konsortium IRAMA)

Leave a Reply

Your email address will not be published.