Pada 10hb Februari 2021 yang lalu, Encik Ayob b. Abdul Majid, Presiden Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) telah membuat pertemuan dengan YBrs. Tuan Zakaria Abdul Hamid, Pengerusi FINAS bagi membincangkan usaha untuk membantu penggiat seni yang sedang berdepan dengan masalah kehilangan kediaman kerana pendapatan terjejas akibat tamparan Pandemik Covid-19 sejak setahun lebih yang lalu.

Hasil pertemuan itu telah membawa kepada persetujuan Tuan Zakaria untuk memanjangkan permohonan bantuan ini melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan menghantar permohonan ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKTP). Adalah difahamkan pihak KKTP ada menyediakan satu proram khas untuk membantu penggiat seni tanahair mendapatkan rumah PPRT. Semoga permohonan ini dapatlah diluluskan memandangkan terdapat sebilangan penggiat yang kini benar-benar memerlukan akibat sumber pencarian yang tidak menentu hampir setahun lalu yang juga menjejaskan pembayaran rumah kediaman yang mereka sewa.

Sehubungan itu Presiden IRAMA telah berusaha menyerahkan senarai nama seramai 20 orang penggiat seni muzik yang terdiri dari penyanyi, komposer dan pegawai perhubungan awam (PRO).

Pihak FINAS sentiasa berusaha untuk lebih bersikap terbuka menerima cadangan dan membuat perbincangan bagi membantu penggiat seni agar nasib terbela dan dapat meneruskan hidup dan terus berkarya.

Namun semua usaha ini hanya dapat dilakukan dengan sokongan dan kepercayaan dari semua pihak tanpa ada prejudis dan semangat ukhuwah yang tiada berbelah bagi. Penggiat seni adalah insan yang dikategorikan sebagai insan kreatif dan pastinya mampu untuk jadi lebih inovatif. Adalah menjadi satu kebanggaan dan contoh yang baik kepada masyarakat jika penggiat seni sentiasa berganding bahu mencetus idea untuk disumbangkan kepada negara.

Ayoh! mari kita doa sama-sama ke hadrat Allah SWT agar covid ini segera berakhir dan kesusahan para penggiat muzik in dapat diatasi. InsyaaAllah!

Leave a Reply

Your email address will not be published.