Memandangkan tahun ni kita menyambut Hari Raya Aidilfitri hampir serentak dengan pengumuman PKP, IRAMA mengambil langkah awal dengan melancarkan program JOMRAYA PKP LIVE STREAMING bagi mengisi slot kemurungan rakyat yang kecewa tidak dapat pulang ke kampung untuk berhari raya. Malah kali ini dikhabarkan lebih ketat kerana penularan Covid yang lebih membahayakan sehingga acara ziarah menziarahi terpaksa dilarang.

Justeru itu apa kata kita sertai program live streaming ini.

Berkonsepkan sembang-sembang online live streaming secara santai dengan artis-artis dan penggiat muzik Malaysia, program ini juga bertujuan bagi memberikan promosi berterusan dan aktiviti terkini artis dan seleberiti.

Dijemput untuk tanya soalan, memberi ucap selamat hari raya dan sebagainya namun dinasihati juga agar tidak mengusik isu-isu yang sangat panas, sebab kita memberi bermaklumat dan berhibur..

JOM RAYA PKP, KITA LIVE STREAMING.

Pengemudi: Royce Sa’ayan (Artis/Komposer/Penulis Lirik/Usahawan/Emcee) https://www.facebook.com/royce.saayan https://www.instagram.com/roycesaayannetwork/

Artis Undangan: BAGGIO DAMASUTRA (Artis/Usahawan) Link instagram: https://www.instagram.com/baggiomy/

Tetamu Istimewa:

– Krill Rashid (Penyiar Seleberiti)

– Tuan Ayob Abd Majid (Presiden Konsortium IRAMA) Link FB: https://www.facebook.com/ayob.abdmajid

Leave a Reply

Your email address will not be published.