Selamat Hari Radio Sedunia buat rakan-rakan penyiar dan DJ serta penerbit di seluruh negara. Apabila menyorot kembali banyak kenangan kami sebagai penggiat muzik Malaysia baik sebagai pemuzik, pencipta lagu/lirik, pegawai promosi, promoter dan penganjur event hiburan termasuk pemilik-pemilik label record dan pengusaha rakaman indie sejak dari awal 80an, 90an dan terkini bersama stesyen radio, TV, penerbit/kru rancangan dan DJ, dengan itu kami mengucapkan berbanyak terima kasih yang teramat sangat. Sesungguhnya kita adalah saling memerlukan bagi memacu ekonomi ekosistem Industri muzik Malaysia.

YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia semasa progam khas IRAMA bersama BapakkuFM. Turut hadir sdr. Isma Halil, bekas Dj radio RTM dan beberapa stesyen swasta yang kini meneruskan bakat Dj di BapakkuFM.

Namun pada pangdangan kami, industri amat memerlukan halatuju radio masakini dapat disejajar dengan perkembangan media digital dan streaming, dikendalikan dengan secara lebih telus dan mengimbangi antara tuntutan komersil dan acuan pembangunan budaya dan sosio-ekonomi Malaysia seterusnya.

Radio MaticFM dimiliki oleh sdr. Wan Salam yang turut juga memiliki syarikat label muzik iaitu Nano Records

IRAMA berharap fungsi radio dapat dikendalikan seperti masalalu yang lebih menyemarakkan identiti nasional dan hampir adil dengan pembahagian peluang penyiaran baik dari syarikat label antarabangsa dan besar dengan syarikat label kecil terutamanya bumiputera.

Dalam masa kita berhadapan dengan covid19 ini, kami berharap peluang lebih banyak dibuka kepada penggiat muzik bagi dijemput ke konti bagi mempromosikan lagu-lagu tempatan baik yang sudah popular mahupun yang belum popular atau baru. Di samping bantuan-bantuan KKMM yang digarap dan disusun oleh YB Menteri adalah disanjung tinggi, kami berharap juga bantuan ini bukan sekadar pemberian Dana tetapi diberikan dalam bentuk peluang bagi meningkatkan views dan followers medsos kami bagi membolehkan kami menukarkan peluang ini menjadi sumber pendapatan.

Memandangkan kini tiada lagi pendapatan dari jualan kaset atau CD, dan peluang membuat persembahan amat terhad, diharap berilah peluang agar lagu-lagu kami disiarkan sekerap yang boleh bagi mempopularkan semula industri muzik Malaysia!

Yang lama kita hormati dan sanjungi, yang terkini kita raikan dan yang baru Kita alu-alukan!

– IRAMA

Masih kami teringat kisah-kisah Pujaan 10, Bintang RTM dan Muzik-Muzik antaranya, namun kini samada rancangan itu telah berkubur atau pun sudah tidak lagi meriah dan diraikan bersama. Sesungguhnya kita rindu pada zaman itu yang mana hubungan kita terlalu akrab. Jadi di Hari Radio Sedunia ini, IRAMA menyusun jari memohon maaf atas salah silap dan khilaf ahli-ahli kami dan rakan penggiat yang lain dan mohonlah agar kita dapat menjalinkan semula silaturrahim yang erat seperti dulu.

Kini radio milik RTM ini sudah ditamatkan siarannya.

Marilah sama-sama kita mencari jalan menyambung semula titik-titik ikatan yang kini memisahkan kita. Sama-samalah kita membangunkan seni muzik Malaysia!

– Ayob Abdul Majid (Presiden IRAMA)

Leave a Reply

Your email address will not be published.