Program Kemanusian Bera sempena bantuan mangsa pasca banjir baru-baru ini anjuran Konsortium IRAMA dengan kerjasama artis-artis hijrah yang kini menjadi jemaah tabligh terus mendapat sambutan baik dari kalangan penggiat seni, tokoh selebriti, korporat dan NGO.

Antara barangan yang disumbangkan oleh YAYASAN FELDA

Semalam, IRAMA telah dijemput oleh Dato’ Mohd Banhuri Aris, Pengurus Besar Yayasan FELDA yang turut sama membuat sumbangan.

“Kami amat berbesar hati atas kesudian dan kepercayaan Yayasan FELDA kepada IRAMA Di mana semua sumbangan akan diserahkan pada mangsa banjir kawasan Bera tidak lama lagi,” kata tuan Ayob Majid, Presiden IRAMA di majlis ringkas penyerahan sumbangan di pejabat Yayasan.

Kelmarin, tokoh sukan Bina Badan Malaysia, Sdr. Sazali Samad Yang mewakili Akademi Sazali Samad telah pun menyerahkan pada IRAMA sumbangan pakaian baru dan terpakai termasuk telekong, sejadah, tudung dll.

Sumbangan dari Akademi Sazali Samad

“Penyerahan sepatutnya dijadual pada 6 Feb ini namun disebabkan PKP ini dilanjutkan, pihak kami terpaksa menunda dan sedang berurusan dengan pihak Berkuasa untuk memohon kebenaran bagi merentas negeri. insyaaAllah Dalam beberapa hari ini kita akan dapat tarikh baru,” kata Tuan Ayob lagi.

Sementara itu pihak IRAMA terus membuka peluang kepada sesiapa untuk sama-sama menyumbang samada Dalam bentuk kewangan atau barangan. Tarikh sumbangan ditutup akan diwar-warkan nanti.

Untuk sumbangan tunai dari anda boleh terus ke akaun :
Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA)
Bank Muamalat –
No account : 14030006799718
Sumbangan berbentuk barangan yang sangat diperlukan adalah seperti :-
-Tilam
-Bantal
-Selimut
Sumbangan berbentuk barangan boleh terus hubungi 0193682548

Sekian, terima kasih. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa baik dan tanda sokongan dari rakan-rakan usahawan dan rakan penggiat seni lain yang telah menghulurkan bantuan dalam bentuk barangan mahupun wang tunai untuk kami agihkan kepada mangsa banjir di Bera dan Maran Pahang. InshaAllah segala bantuan dan sumbangan dari kita semua akan menjadi semangat untuk mereka yang ditimpa musibah untuk terus bangkit kerana mereka tahu kita semua perduli dan sayang sesama kita. Amiin!

Leave a Reply

Your email address will not be published.