Dari kiri sdr. Ayob, Presiden IRAMA, tengah YB Che Hj Dato Zakaria Bin Mohd Salleh ADUN PERMAS merangkap Pengerusi KEJORA dan kanan Dato Sri Zubir, owner Warung@7 Cafe yg juga Bendahari IRAMA

Johor Bahru merupakan persinggahan pertama program jelajah amal IRAMA bagi membantu Bob Lokman dan penggiat seni tempatan yang amat memerlukan. Kali ini sumbangan amal ini turut dikongsikan kepada artis Ayai Ilusi yang juga turut mendapat ujian musibah baru-baru ini seperti yang dilaporkan dalam media utama Msia. (https://gempak.com/berita-terkini/bukan-sengaja-tarik-diri-isteri-disahkan-positif-covid19-ayai-illusi-pula-alami-bengkak-usus-44889)

Dengan sokongan dari Artis dan selebriti anak Johor, program amal ini telah berlangsung meriah walaupun terpaksa menghadkan pengunjung demi menjaga SOP yang sejak awal petang mula memenuhi ruang Warisan@7 cafe di Jalan Petri, Kg. Tarum, Johor Bahru, yang menjadi penaja venue.

Antara barisan artis dan seleberiti anak Johor yang turun membantu dan memberi sumbangan persembahan adalah:

1.Sharom Hussien
2.Bandi Amuk
3.Malek Zabarjad
4.Jatt BDB
5.Emma Rockers
6.Yazir AF
7.Toy AF

Turut hadir sebagai tetamu undangan adalah Ameng Spring, Bintang Sukan Undangan, Sazali Samad; Wartawan Undangan, Nas Ahmad dan Dj Undangan, Isma Alif Hamzah dari BapakkuFM yang turut menaja live streaming program ini.

Radio popular yang beroperasi di Johor iaitu BestFM pula turut membantu menjadi Rakan Media program ini.

Program ini turut menggamit tetamu VIP di mana YB Che Hj Dato Zakaria Bin Mohd Salleh, ADUN PERMAS merangkap Pengerusi KEJORA. Dato’ Hj Zakaria juga menderma pada Tabung Amal IRAMA malam tersebut.

Seorang lagi VIP, Dato’ Zainal Abu Bakar dari Melaka yang mengiringi Ameng Spring turut hadir dan menghulurkan sumbangan tunai untuk Tabung Amal ini.

“InsyaaAllah, melihat pada sambutan dari artis dan seleberiti yang ingin bersama-sama membantu rakan artis dan penggiat industri seni lain, IRAMA akan meneruskan jelajah ini ke negeri-negeri lain. Kami sedang menyusun jadual program ini yang akan dimaklumkan dari masa kesemasa,” kata Presiden IRAMA, Sdr. Ayob Abd. Majid.

Leave a Reply

Your email address will not be published.