Kita semua sedia maklum tempoh PKP, PKPD dan PKPB ini menyebabkan banyak aktiviti ekonomi terjejas. Saya, Ayob Abd. Majid selaku Presiden Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia atau ringkasnya IRAMA, juga bagi pihak ahli amat mengharapkan Bajet 2021 bakal dapat memberikan impak membantu industri secara menyeluruh bukan saja kepada penggiat seni muzik tetapi juga kepada pemain dan pelabur industri dari ‘head to tow”.
- SELAIN DANA PRIHATIN JANGKA PENDEK, DANA PEMBANGUNAN JANGKA PANJANG PERLU DITITIKBERATKAN.
Kami sedia maklum terdapat banyak usaha yang telah dan sedang dilaksanakan demi memajukan lagi industri muzik oleh kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia dan beberapa Kementerian lain khususnya bagi menyiapkan draf akta muzik atau Perbadanan Muzik Malaysia bagi menyelesaikan masalah atau kemelut kutipan dan pengagihan royalti persembahan awam. Ini adalah secara dasarnya pelan pemulihan jangka panjang.
2. LULUSKAN PERMOHONAN YANG TELAH DITOLAK SEBELUM INI.
Bagi bantuan Dana jangka pendek, kami amat berterimakasih di atas bajet di bawah Dana Bantuan Prihatin yang lalu kepada penggiat muzik, namun mungkin disebabkan kekangan bajet sedia ada, terdapat banyak pihak lagi yang telah ditolak permohonan mereka. Adalah dengan ini kami memohon agar bajet ini ditambah dan sekaligus semua permohonan dana yang sebelum ini ditolak atas pelbagai sebab, atau tanpa sebarang sebab, dapat kiranya diluluskan tanpa perlu memohon semula berdasarkan kepada bukti-bukti produksi rakaman yang telah ada. Permohonan-permohonan ini termasuklah dari semua agensi kerajaan yg terlibat seperti KKMM sendiri, FINAS (bantuan industri muzik), Mycreative Ventures, Cendana dan lain-lain.
3. DANA PEMBELAJARAN INDUSTRI PERLU DISEGERAKAN.
Kami juga memohon agar Dana untuk pembelajaran sokongan kepada industri dapat dimulakan dengan segera, dengan ini akan memberi lebih banyak peluang kepada penggiat, pemain dan pelabur bertukar bisnes model perniagaan mereka kepada digital sepenuhnya. Tanpa ilmu, kerajaan hanya memberi ikan tanpa ilmu memancing, menjaring atau memukat!
Tanpa ilmu baru ini, penggiat terpaksa menempuh sendiri dgn cara ‘try & error base’ dan jika silap sukar untuk pulih. Untuk makluman, pihak IRAMA telah pun menghantar cadangan Bengkel ini dan memohon dana perlaksanaan memandangkan usaha ini harus dilakukan tanpa memikirkan soal keuntungan, tapi lebih kepada memberi daya pecut industri (to accelerate) namun mungkin kekangan Dana, jadi kami mohon ianya disediakan Dalam bajet 2021 ini.
4. TAMBAH PROGRAM DAN SIARAN DI STESYEN MILIK KERAJAAN BAGI MENINGKAT PENDAPATAN ROYALTI DAN SEBAGAI PLATFORM PROMOSI PRODUK BARU ATAU BAKAT BARU.
Adalah diharapkan Bajet 2021 ini dapat memberikan ruang kepada peningkatan bayaran royalti dari Radio TV RTM termasuk Ikimfm, yang kini dikira dalam bentuk ‘lump sump’. Kami mohon kerajaan dapat kembali semula ke zaman sebelum milenium yang banyak membuat program dan menyiarkan lagu-lagu tempatan dan berperanan menjadi platform promosi.
Kami tahu zaman berubah namun sekurang- kurangnya cara ini dapat membantu industri dalam memperkenalkan bakat atau produk baru. Dengan menambah siaran yang menggunakan lagu tempatan, sudah pastinya pendapatan royalti akan meningkat! Kami amat memahami bahawa stesyen radio atau TV swasta pastinya keberatan menjadikan mereka sebagai platform promosi ini dan di sinilah stesyen-stesyen radio TV RTM amat diperlukan bagi membantu kalangan yang disebutkan di atas.
5. DANA UNTUK PEMBANGUNAN KONTEN INDUSTRI SENI BUDAYA ISLAM.
Kami memohon agar Kerajaan membantu semua genre konten yang wujud di negara ini, apatah lagi jika ianya adalah genre seni budaya dan hiburan Islam bagi memartabatkan Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. Kami perlu menekankan di sini kerana selama ini kita telah menafsirkan bahawa seni dan budaya Melayu itu adalah Islam dan justeru itu penggiat merasa terpinggir dan keliru. Kita memahami bahawa seni dan budaya Melayu itu saling berkait-rapat dengan Islam tetapi pada masakini (dan masa lalu juga) terdapat konten Melayu yang jauh juga dari syariah atau ‘friendly Muslim’.
Namun begitu kami tidaklah menjadi penentang kepada pembangunan seni budaya yang bersifat etnik dan pembentukan budaya Malaysia. Justeru itu, kami berharap agar Bajet 2021 ini dapat membantu dan memberi ruang awareness kepada beberapa genre yang semakin terhakis menerusi pelbagai program acara dan dana produksi. Pihak agensi KKMM iaitu CENDANA dicadangkan menerima permohonan yang bersifat seni budaya Islam sebagai menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara.
Sebagai maklumam, apabila tajuk hiburan Islami ini diperkatakan, kita sering melihat dan mendefinasikan hiburan dan konten ini berbentuk nasyid saja. Perlu ditegaskan, nasyid adalah salah satu dari sub-genre hiburan Islamik yang telah dikomersilkan oleh pelabur-pelabur industri luar (label international). Kebanyakkan hakmilik konten nasyid yang popular suatu ketika dulu adalah dimiliki oleh pelabur-pelabur ini. Justeru itu kami memohon Kerajaan tidak bertumpu kepada nasyid semata yang telah diangkat menjadi popular ini melainkan mereka ini dizahirkan oleh penggiat-penggiat tempatan. Terapat genre lain yang perlu diberi perhatian seperti Qasidah, Mawlid dan majlis zikir dilupakan atau tidak dapat dibawa ke martabat yg sepatutnya.
Adalah dicadangkan Dana seharus diutamakan dan dipermudahkan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan Islam sedunia yang menggabungkan cabang-cabang ideologi seperti Sufi, tarekat dan tasawwuf yang menerima muzik sebagai platform dakwah kepada umat. Telah dibuktikan bahawa acara-acara kumpulan-kumpulan ini secara bersendirian atau berkumpulan telah menarik pelancong-pelancong keagamaan yang hadir ke negara ini (sebelum pandemik #covid19) bagi memberi sokongan atau sebagai peserta, namun kerajaan dari kementerian-kementerian lain mungkin terlepas pandang. Satu contoh baru-baru ini terdapat ahli kami yang berjaya menganjurkan ‘World Mawlid Celebration 2020’ secara online dan Live Streaming yang telah berjaya menarik penyertaan 16 negara luar untuk menyertainya. Kami yakin sekiranya Kerajaan membantu dengan dana pembangunan, acara-acara seperti ini akan menjadi lebih meriah dan penggiat-penggiatnya dapat melestarikan ekonomi mereka.
6. DANA MEMAJUKAN INDUSTRI KREATIF MALAYSIA – SAMARATAKANLAH LAYANAN DAN PERHATIAN!
Harapan IRAMA yg terakhir adalah memohon kepada kerajaan menerusi agensi2 pembangunan perniagaan seperti MARA, PUNB dan lain-lain agar dapatlah menyediakan dana atau pinjaman mudah kepada usahawan-usahawan pembuat konten yang serius dan komited bagi persediaan membuat pemindahan perniagaan norma baru.
Perlu diketahui bahawa perniagaan konten bukanlah seperti perniagaan nasi lemak, goreng pisang, kios minuman dan pelbagai perniagaan peruncitan kerana konten tidak boleh dijual secara terbuka. Konten diniagakan secara digital sepenuhnya dan konten adalah aset yang bukan berbentuk fizikal.
Perniagaan konten perlu menjalani suatu proses yang panjang seperti contoh untuk diterima menjadi content partner bersama YouTube, perlu ada syarat dan kelayakan. Pembahagian hasil juga adalah sangat sedikit dan perlukan masa persediaan konten yang banyak. Usahawan yang komited dan berani perlukan dana peralatan yang baik untuk membuat konten yang bermutu, juga pelan pemasaran yang berbentuk jangka panjang, bukan ‘one-off’. Kesemua ini memerlukan dana modal tambahan jika mereka ini ingin bersaing dalam media baru masakini. Oleh itu kami memohon agar bukan saja penggiat seni diutamakan, pandanglah juga pemain-pemain industri dari hulu ke hilir yang berada dalam seluruh ekosistem industri kreatif ini.
IRAMA berharap juga agar Kerajaan dapat mengambil model pembangunan usahawan filem dan animasi kerana sesungguhnya konten muzik juga adalah sebahagian daripada usahawan Kreatif Konten dan Digital. Mohon kerajaan menterjemahkan semula definasi ini dan dapat mengseimbangkan perhatian kepada industri ini secara menyeluruh
Inilah cadangan kami dan kami bersedia berdiskusi selanjutnya dengan pihak-pihak yang berautoriti berkenaan perkara ini. Semoga Bajet 2021 bakal memberi satu semangat kepada rakyat Malaysia untuk meneruskan kehidupan dengan norma baru yang sangat mencabar.
Sekian, terima kasih – dari Presiden dan Jawatankuasa IRAMA.