Berkaitan dengan isu yang tular sekarang di media sosial berkenaan program Anugerah Bintang Popular Berita Harian edisi ke 33 yang akan berlangsung esok 13 Nov 2020 bersama hari Jumaat, IRAMA berpandangan seperti berikut; –

  1. Penganjur seharusnya boleh menggunakan budi bicara agar menangguhkan program ini ke suatu waktu yang sesuai, sejajar dengan pelbagai acara baik acara keagamaan mahupun majlis sosial yang lain yang banyak telah ditangguhkan atau tidak dibenarkan berlangsung.
  2. Namun IRAMA amat memahami bahawa acara penganugerahan ini adalah dari suatu proses yang panjang dan bukannya boleh dizahirkan dalam suatu jangkamasa yang singkat, dan ini memerlukan team atau barisan crew yang telah mula bekerja mungkin dari 3 bulan yang lepas. Apa yang lebih penting, proses ini juga termasuklah mendapatkan penaja-penaja yang telahpun mengeluarkan perbelanjaan dari peringkat awal untuk bersama-sama menjayakan. Ini semua berkaitan kontrak dan jika acara ini perlu ditangguh atau dibatalkan, ianya memerlukan masa juga dan berkemungkinan penganjur terpaksa membayar semula apabila mungkin ada penaja-penaja yang menarik diri atas kegagalan penganjur meneruskan acara ini. Namun begitu jika penaja-penaja boleh memberikan kerjsama dan memahami isu ini dari sudut menghormati kepentingan-kepentingan yang melebihi dari hasrat mereka, itu adalah terbaik.
  3. Adalah lebih malang kalangan artis dan penggiat seni ditohmahkan sedangkan mereka ini hanya dijemput dan dikatakan tidak dibayar untuk bersama-sama menjayakan acara ini. Adalah ditegaskan bahawa tidak semua artis yang terlibat kehidupan mereka hanya diisi untuk berhibur-hibur semata tanpa memikirkan soal-soal agama, tatkala masjid dan surau ditutup, solat Jumaat tidak dibenarkan dan artis tidak pernah ambil perduli. Tohmahan ini adalah tidak berasas sama sekali dan bersifat fitnah akhir zaman dari kalangan golongan yang sudah yakin mereka itu adalah ahli syurga! Justeru itu IRAMA berharap sekiranya acara ini tetap juga ingin dijalankan, ubahlah sedikit cara sambutan acara ini agar lebih patuh syariah dan “Muslim friendly”.
  4. Ramai orang tidak kira dari golongan dan sektor pekerjaan atau perniagaan manapun sekarang sedang menjalani risiko ketidaktentuan akibat dari pandemik Covid19 ini khususnya dari sudut ekonomi yang akan membawa kepada aspek sosial kehidupan. Justeru itu marilah kita sama-sama berdoa pada Allah SWT agar Covid19 ini segera berakhir dan kita dapat meneruskan kehidupan tanpa rasa takut dan gundah-gulana.

– Ayob Abd Majid (Presiden IRAMA)

Contoh salah satu dari komen-komen ttg ABPBH – 33 ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.