Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia atau IRAMA telah dilantik oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan Jabatan Pembangunan Rakan Muda untuk menjadi Perlaksana Program BENGKEL INTENSIF MUZIK XPRESS baru- baru ini. Program pertama telah pun dilaksanakan pada 22 Julai 2023 yang lalu di Kompleks Rakan Muda Mont Kiara, WP Kuala Lumpur.

Rakan Muda telah dilancarkan semula pada 25 Jun 2023 lalu oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi memperkukuh jenama Rakan Muda menerusi 10 Gaya Hidup yang diberikan nafas baharu dan menyerlahkan potensi generasi belia menerusi penterjemahan minat dan kecenderungan positif.

“IRAMA mengucapkan setinggi-tinggi rasa terima kasih atas penghargaan yang diberikan kepada persatuan kami untuk menjadi salah satu rakan strategik perlaksana di dalam kluster Rakan Muzik yang merupakan antara kluster terbaru yang diperkenalkan. Sesungguhnya perlantikan ini adalah suatu penghargaan kepada ahli-ahli IRAMA yang merupakan pelaku, penggiat dan pelabur industri muzik Malaysia kategori kendiri tempatan (local indie),” kata Tuan Ayob Abd Majid, Presiden IRAMA kepada media. 

Ayob yang juga Timbalan Pengerusi Gabungan Persatuan Industri Muzik Malaysia (Music Malaysia) juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada KBS di atas perlantikan 2 lagi ahli Music Malaysia iaitu Persatuan Pendidikan Muzik Malaysia Baru (MAME) dan Pertubuhan Republik Muzik yang turut bersama mengisi program perlaksanaan Rakan Muzik ini.

IRAMA melihat perkembangan ramainya anak-anak muda menyertai industri muzik menerusi medsos terutamanya TikTok, Instagram, Youtube dan Facebook termasuk Smule, Wesing dan lain-lain merupakan suatu fenomena yang baik, namun ilmu dan pengetahuan berkenaan industri perlu juga dikongsi bersama agar mereka mengambil peluang untuk terus kekal dalam industri, dan paling dielakkan dapat menghindari manipulasi’ penipuan dan kesilapan dalam membuat keputusan sehingga peluang-peluang berekonomi dikaut oleh pihak-pihak lain. 

Nilai industri ini besar dan lumayan, tapi tak semuanya pergi semula kepada pelaku dan penggiat, jadi bersamalah kita beringat tentang hal ini,” jelas Ayob yang mana IRAMA semasa ‘lockdown’ akibat pandemik terpaksa membuat banyak program-program bantuan kepada rakan-rakan industri yang mengalami kesusahan.

AYOB ADB MAJID, Presiden Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA)

“Mungkin ada yang tertanya-tanya, susah sangat ke nak jadi penyanyi? Susah sangat ke nak join bisnes muzik? Ramai yang berjaya kat media sosial sekarang, kenapa perlu masuk bengkel lagi?,”.

“Glamer adalah penting, namun untuk terus konsisten, ilmu dan pengetahuan adalah lebih penting agar tidak diperkotak-katikkan oleh pihak yang sentiasa mencari peluang di atas kenaifan pelaku, penggiat dan pelabur terutamanya dalam bab ekonomi,” terang Ayob.

“Kalau ianya mudah, maka takdalah pelbagai isu masakini tentang masalah industri dimuatkan dalam banyak media, baik offline ataupun online, dan hakikatnya bukan mudah juga bagi pelajar-pelajar muzik di kolej dan universiti untuk masuk ke dalam industri walaupun mempunyai sijil, justeru memulakan inisiatif kepada belia-belia berbakat ini adalah suatu usaha yang sungguh murni dan bijak dari Kementerian,” jelas Ayob.

“Cukup-cukuplah kita mendengar masalah royalti yang dialami oleh waris-waris Allahyarham P. Ramlee dan ramai lagi tentang masalah kontrak, tak daftar hakmilik ciptaan lagu atau rakaman dan tak dapat bayaran royalti persembahan awam, kolaborasi dan syncronzing di platform digital dan streaming dan lain-lain. Akhirnya faktor ekonomi adalah penyumbang kepada kehidupan kepada pelaku dan warisnya. Nilai industri ini besar dan lumayan, tapi tak semuanya pergi semula kepada pelaku dan penggiat, jadi bersamalah kita beringat tentang hal ini,” jelas Ayob yang mana IRAMA semasa ‘lockdown’ akibat pandemik terpaksa membuat banyak program-program bantuan kepada rakan-rakan industri yang mengalami kesusahan.

Bengkel ini menyasarkan belia yang berbakat dan berminat samada nyanyian, pemuzik dan penciptaan lagu/lirik samada yang baru mahu mencuba atau telah pun bermula, yang memasuki bidang ini secara hobi atau ingin menjadikan bakat tersebut sebagai kerjaya sepenuh masa di masa hadapan. Adalah suatu kerugian besar kepada negara apabila bakat-bakat istimewa rakyat muda Malaysia tidak dapat disalur masuk ke dalam industri menyebabkan ramai mereka tidak dapat bertahan atau sekadar menjadi penghibur di dalam medsos dengan lagu-lagu ‘cover’ dan tidak berpeluang membuat rakaman dan mengambil peluang pendapatan pasif hasil dari lagu-lagu original mereka sendiri.

Sasaran ini adalah juga objektif utama Rakan Muzik dan IRAMA cuba menyampaikan pengalaman ahli-ahlinya kepada belia-belia berbakat ini menerusi kaedah menimba pengalaman secara seronok, bersemangat dan bermakna (fun, vibrant and meaningful) seperti saranan YB Menteri, Hannah Yeoh di acara perasmian Rakan Muda tersebut.

Bagi mengelakkan salah faham atau pertindanan fokus sesama Perlaksana yang lain (MAME fokus kepada pendidikan muzik dan REPUBLIK MUZIK kepada persembahan harmony esemble) IRAMA menambah tajuk kepada Bengkel Intensif Muzik ini kepada MuzikXpress agar lebih sesuai dengan fokus kepada asas industri muzik. Ini adalah kerana modul bengkel ini bukanlah sebuah bengkel mengajar bermain muzik sahaja, malah lebih kepada berkongsi sembang santai perjalanan membawa bakat ke dalam industri.

Modul bengkel adalah bermula dari pengenalan muzik, mengenal bakat, tips dan panduan mencipta lagu mudah menggunakan satu family kord, setup asas home studio bagi rakaman digital (bilik kecil di rumah), pendaftaran ID code setiap lagu bagi tujuan digitalisasi, daftar hakmilik lagu, rakaman dan pelaku, monetize lagu di semua platform digital streaming (DSP, promosi dan lain-lain.

Modul ini diasaskan oleh Tuan Haji Rozman Abas (Pemilik label Loonaq Records dan platform digital www.IslamicTunes.net dan sifu muzik popular iaitu Tuan Othman Masri atau lebih dikenali dengan nama Man Senoi yang antara produknya yang popular adalah membentuk, menerbit dan mencipta lagu untuk kumpulan 4U2C dan Shades yang kini dikompilasikan dalam label beliau Music Man Entertainment Malaysia. Panelis lain adalah Saudara Sheikh Qalam, pemilik label di bawah Sheikh Qalam Records Sdn. Bhd. yang dulu pernah bertugas di banyak syarikat rakaman international seperti Sony Music, Warner Music dan pernah juga menjadi individu awal menguruskan artis-artis Akademi Fantasia di bawah label Astro, dan akhirnya tentulah Ayob sendiri yang lebih dari 35 tahun berpengalaman sebagai pengurusan artis dan promosi serta ejen persembahan di Pony Canyon Records, Sony Music dan lain-lain.

Modul bengkel adalah bermula dari pengenalan muzik, mengenal bakat, tips dan panduan mencipta lagu mudah menggunakan satu family kord, setup asas home studio bagi rakaman digital (bilik kecil di rumah), pendaftaran ID code setiap lagu bagi tujuan digitalisasi, daftar hakmilik lagu, rakaman dan pelaku, monetize lagu di semua platform digital streaming (DSP, promosi dan lain-lain.

MODUL BENGKEL INTENSIF MUZIKXPRESS – Memahami ekosistem industri muzik sebagai asas memasuki dunia artis rakaman.

Bagi menambah elemen keseronokan menterjemahkan pengalaman belia yang menyertai bengkel ini, peserta akan turut dijemput bersama-sama jamming santai bersama artis/pemuzik undangan seperti Amir Hariz, Yuletta Yucha dan lain-lain yang akan diundang dari masa ke semasa. (tertakluk kepada masa dan kelapangan artis/pemuzik).

Berikut adalah venue dan jadual Bengkel Intensif MuzikXpress yang telah dikonfirmasi namun terdapat venue yang masih belum konfirm tarikh dan masa. Bagi belia yang berminat boleh terus membuat pendaftaran bagi mengelakkan tempat ruang dipenuhi.

PERINGKAT NEGERI KEDAH

  • 18 Ogos 2023 (JUMAAT) 9 pagi – 12 tengahari

DEWAN TERATAI, KOMPLEKS BELIA & SUKAN KEDAH, ALOR SETAR

Klik di sini untuk membuat pendaftaran: https://me-qr.com/YgwY5ON4

  • 18 Ogos 2023 (JUMAAT) 3 – 6 petang

DEWAN SMK KHIR JOHARI SG. PETANI

Klik di sini untuk membuat pendaftaran: https://forms.gle/7Lk9gujyGTM92Agq5

  • 19 Ogos 2023 (SABTU) 9 pagi-12 tengahari

KOMPLEKS RAKAN MUDA BALING

Klik di sini untuk membuat pendaftaran: https://forms.gle/vGCQzQBUJUvs8omL9

  • 19 Ogos 2023 (SABTU) 3 – 6 petang

POLITEKNIK SULTANAH BAHIYYAH, KULIM

Klik di sini untuk membuat pendaftaran: https://me-qr.com/IfODjSjY

PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

  • 20 OGOS 2023 (AHAD) 9 pagi – 12 tengahari

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA, BALIK PULAU, P. PINANG

Klik di sini untuk membuat pendaftaran: https://emyind.iyres.gov.my/portal/site/program-register?code=EMYIND.9397.5c6042f04412b551f5b659d7d4e6a3f3a73c86fd407d5b6b7fece8919acded10

PERINGAKAT NEGERI SEMBILAN

  • 26 Ogos 2023 (SABTU) 9 pagi – 12 tengahari

KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI SEMBILAN, PAROI

Klik di sini untuk membuat pendaftaran: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfGILYXNM0yVCF4n44jumTA3ZC_kNiTUvnMxen7MXx4iTmvGw/viewform

  • 26 Ogos 2023 (SABTU) | 3 – 6 petang

KOMPLEKS RAKAN MUDA, KUALA PILAH

Klik di sini untuk membuat pendaftaran: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfrfJO1bQ1vY5XL6fVBJtzMlLCpts47McZVOHwj5ws7alz36w/viewform

PERINGKAT NEGERI MELAKA

  • 27 Ogos 2023 (AHAD)9 pagi – 12 tengahari

KOLEJ KOMUNITI BUKIT BERUANG, MELAKA

Klik di sini untuk membuat pendaftaran: https://emyind.iyres.gov.my/portal/site/program-register?code=EMYIND.9394.5b23f80f1cb8dfede3e7abf2935dd320229f0fad50df23252a739b5eeace7100

  • 27 Ogos 2023 (AHAD) 3 – 6 petang

KOMPLEKS RAKAN MUDA, ALOR GAJAH

Klik di sini untuk membuat pendaftaran: https://emyind.iyres.gov.my/portal/site/program-register?code=EMYIND.9394.5b23f80f1cb8dfede3e7abf2935dd320229f0fad50df23252a739b5eeace7100

PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

  • 1 September 2023 (JUMAAT) 9 – 12 Tengahari

KOMPLEKS RAKAN MUDA BESUT, TERENGGANU

  • 2 September 2023 (SABTU) 9 – 12 Tengahari

KUALA NERUS 

  • 2 September 2023 (SABTU  3 – 6 petang

KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI TERENGGANU,

PERINGKAT NEGERI KELANTAN

  • 8 September 2023 (JUMAAT) 3 – 6 petang

KOMPLEKS RAKAN MUDA BERA

  • JELI
  • GUA MUSANG

PERINGAKT NEGERI PAHANG

  • 20 September 2023 (RABU) 9 – 12 Tengahari

KOMPLEKS RAKAN MUDA BERA

  • 20 Sept 2023 (RABU) 3 – 6 petang

KOMPLEKS RAKAN MUDA MARAN, MARAN

  • 21 Sept 2023 (KHAMIS) 3 – 6 petang

KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAHANG (KUANTAN)

PERINGKAT NEGERI SABAH

  • 28 Oktober 2023 (2 SESI)

KOTA KINABALU 9 – 12 Tengahari

KOTA KINABALU 3 – 6 Petang

PERINGKAT WP LABUAN

  • 29 Oktober 2023

IRAMA turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap pegawai-pegawai di Jabatan Belia dan Sukan Negeri mahupun di KBS dan Jabatan Pembangunan Rakan Muda yang telah bertungkus-lumus melicinkan urusan kami di setiap negeri yang kami jelajahi. IRAMA berharap bengkel ini akan mencapai misi dan visinya selari dengan objektif Rakan Muda dan Rakan Muzik secara keseluruhannya.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *