Ke Arah Mewujudkan Pangkalan Data (Database) Penggiat, Pelaku dan Pelabur Industri Seni Kreatif Budaya Malaysia, IRAMA telah memulakan usaha mendokumentasikan rakaman-rakaman konten kreatif berbentuk lagu, puisi, syair, dikir barat, pantun, gurindam dan lain-lain irama etnik dalam pelantar digital pangkalan data iramaxchange yang sedang diusahakan oleh IRAMA.

Setelah berjaya membantu Persatuan Dikir Barat Kelantan (PENDIKIR) memulakan usaha pendigitalisasian konten dikir autentik pada tahun lepas dan awal tahun ini, IRAMA meneruskan usaha ini dengan melaksanakan projek penerbitan album IRAMA SYAIR MALAYSIA dengan sokongan dana Insentif Seni di bawah Kementerian Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang akan berada di semua platform digital streaming bermula 27 November 2024 ini.

Dengan bantuan tenaga pemikir dan penasihat serta penggiat syair iaitu Sasterawan Negara YBhg. Dato’ Dr. Zurinah Hassan, Dr Shafa’Atussara Silahudin (Penyelidik Seni Budaya/Pengetua Akademi Syair Malaysia) dan Pak Ladin Nuawi (Penulis dan Penyair berpengalaman) dengan kerjasama label Loonaq Records telah berjaya menerbitkan album yang julung-julung kalinya dibuat di negara ini, walaupun syair adalah salah satu seni budaya Melayu lama yang antara berpengaruh di dalam kebudayaan Malaysia.

11 lagu syair dari irama klasik seperti irama Mayang dan irama Selendang Delima serta selainnya adalah ciptaan irama baru, telah dirakam, dimetadata dan didaftarkan hakmilik pencipta dan penulisnya, hakmilik rakaman (irama baru) dan pelaku bagi membolehkan syair diperdengar dan ditonton serta di monetize ke semua Digital streaming platform popular seluruh dunia. 

SENARAI JUDUL LAGU, PENDENDANG, PENCIPTA, PENGGUBAH/PEMUZIK DAN ADUNAN MUZIK

1. SYAIR KEDAH TUA

Irama : Selendang Delima

Pencipta Irama (Lagu) : Klasik

Karangan (Lirik) : SN Dato’ Zurinah Hassan

Pendendang : SN Dato’ Zurinah Hassan

Gubahan Muzik : Othman Masri@Mansenoi

Pemuzik : Othman Masri@Mansenoi

Adunan Muzik : Othman Masri@Mansenoi

2. SYAIR WANITA PERMATA MALAYSIA

Irama : Larum

Pencipta Irama (Lagu) : Dr Shafa’atussara Silahudin

Karangan : Dr Shafa’atussara Silahudin

Pendendang : Dr Shafa’atussara Silahudin

Gubahan Muzik : Othman Masri@mansenoi 

Pemuzik : Othman Masri@mansenoi

Adunan Muzik : Othman Masri@Mansenoi

3. SYAIR GURU CERMINAN AULIA

Irama : Nilam Sari

Pencipta Irama (Lagu) : Galuh Cendra Kirana/Othman Mohamed

Karangan (Lirik) : Galuh Cendra Kirana

Pendendang : Galuh Cendra Kirana

Gubahan Muzik : Othman Mohamed

Pemuzik : Othman Mohamed

Adunan Muzik : Othman Mohamed

4. SYAIR POHON KELAPA

Irama : Hujan Malam

Pencipta Irama (Lagu) : Mohd. Sharif Taip@Cekgu Sharif

Karangan (Lirik) : Nazarudin Siregar

Pendendang : Cekgu Sharif

Gubahan Muzik : Othman Mohamed

Pemuzik : Othman Mohamed

Adunan Muzik : Othman Mohamed

5. SYAIR AMANAT

Irama : Mahabbah

Pencipta Irama (Lagu) : Haji Rozman Abas

Karangan (Lirik) : Haji Rozman Abas

Pendendang : Galuh Cendra Kirana

Gubahan Muzik : Fikman/Othman Masri@Mansenoi

Pemuzik : Othman Masri@Mansenoi

Adunan Muzik : Othman Masri@Mansenoi/Fikman

6. SYAIR KEPULAUAN RIAU

Irama : Bisikan Nota

Pencipta Irama (Lagu) : Othman Masri@Mansenoi

Karangan (Lirik) : Dr Shafa’atussara Silahuddin

Pendendang : Muhammad Affan b Mohd Yunus

Gubahan Muzik : Othman Masri@mansenoi 

Pemuzik : Othman Masri@mansenoi

Adunan Muzik : Othman Masri@Mansenoi

7. SYAIR SULTAN JOHOR 

Irama : Sang Guna

Pencipta Irama (Lagu) : Dr Shafa’atussara Silahudin

Karangan (Lirik) : Dr Shafa’atussara Silahudin

Pendendang : Dr Shafa’atussara Silahudin

Gubahan Muzik : Othman Masri@mansenoi 

Pemuzik : Othman Masri@mansenoi

Adunan Muzik : Othman Masri@Mansenoi

8. SYAIR SAYAP-SAYAP PELINDUNG PALESTIN

Irama Irama : Banang Sari

Pencipta (Lagu) : Galuh Cendra Kirana

Karangan (Lirik) : Galuh Cendra Kirana

Pendendang : Galuh Cendra Kirana

Gubahan Muzik : Othman Mohamed

Pemuzik : Othman Mohamed

Adunan Muzik : Othman Mohamed

9. SYAIR BUNGA-BUNGA DI ALAM MELAYU

Irama : Semaian

Pencipta Irama (Lagu) : Othman Masri@mansenoi

Karangan (Lirik) : Dr Shafa’atussara Silahudin

Pendendang : Nur Nabiha Sukeri

Gubahan Muzik : Othman Masri@mansenoi 

Pemuzik : Othman Masri@mansenoi

Adunan Muzik : Othman Masri@Mansenoi

10. SYAIR CINTA RATNA BAYU

Irama Irama :  Timpak Nabalu

Pencipta (Lagu) :  Mohd. Sharif Taip@Cekgu Sharif

Karangan (Lirik) :  Mohd. Sharif Taip@Cekgu Sharif

Pendendang :  Cekgu Sharif

Gubahan Muzik :  Othman Mohamed

Pemuzik :  Othman Mohamed

Adunan Muzik :  Othman Mohamed

11. SYAIR MABUK KEPAYANG

Irama :  Mayang

Pencipta (Lagu) :  Klasik

Karangan (Lirik) :  Haji Rozman Abas

Pendendang :  Fauziah Mahrani (Undangan Khas dari Riau)

Gubahan Muzik :  Haji Rozman/Radit/Othman Masri@Mansenoi

Pemuzik/ :  Othman Masri@Mansenoi/Fikman/Din@Ozon/Radit

Adunan Muzik :  Fikman/Din@Ozon

Semoga usaha ini akan meninggalkan jejak digital (digital footprint) bagi semua lagu-lagu syair dlm penerbitan album IRAMA SYAIR MALAYSIA ini termasuklah semua pemilik dan pelaku termasuk pelabur yang memanfaatkan semua pengguna mencari asal-usul lagu-lagu ini, menggunakan lagu untuk tujuan perdagangan, atau tujuan penyelidikan, serta memudahkan pihak kerajaan membuat dasar-dasar yang lebih tepat untuk pengembangan atau mengekspot seni budaya Malaysia ke luar negara.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *