Ironinya, bukannya suatu jenaka apabila dikatakan masih terdapat ramai penggiat muzik masih samar-samar bagaimana memasuki industri muzik secara teratur dan membuat perniagaan dengan lebih sistematik. Kalau zaman dulu, semuanya harus bertumpu ke pelabur industri menerusi label dan syarikat rakaman yang menyediakan hampir semua infrastruktur mengekploitasi bakat, mempromosi dan memasarkan baik artis dan produknya, sebaliknya kini zaman digital ianya lebih terbuka di mana kini sesiapa saja yang mempunyai pengetahuan boleh menjadi samada pelabur, pelaku dan penggiat industri atau kesemuanya sekali gus!

Bengkel Intensif MuzikXpress

Perdagangan muzik adalah tidak seperti perniagaan lain. Bisnes muzik tidak seperti berniaga goreng pisang, nasi lemak, jual kenderaan, jual properti atau buat produk-produk kecantikan. Dalam sektor industri rakaman, iaitu sektor utama industri, lagu-lagu single atau album kini tiada lagi didagangkan secara fizikal seperti kaset atau CD. Jadi bagaimana bisnes ini menghasilkan pendapatan bagi membayar semula kos investasi dan meraih keuntungan?

Ironinya, bukannya suatu jenaka apabila dikatakan masih terdapat ramai penggiat muzik masih samar-samar bagaimana memasuki industri muzik secara teratur dan membuat perniagaan dengan lebih sistematik. Kalau zaman dulu, semuanya harus bertumpu ke pelabur industri menerusi label dan syarikat rakaman yang menyediakan hampir semua infrastruktur mengekploitasi bakat, mempromosi dan memasarkan baik artis dan produknya, sebaliknya kini zaman digital ianya lebih terbuka di mana kini sesiapa saja yang mempunyai pengetahuan boleh menjadi samada pelabur, pelaku dan penggiat industri atau kesemuanya sekali gus!

Bengkel Intensif MuzikXpress

Atas sebab itulah, Bengkel Intensif MuzikXpress ini dijelmakan, yang sebelum ini nama modul asalnya adalah Bengkel Keusahawanan Muzik atau ‘Music Entrepreneurships’. Namun disebabkan Kementerian Belia dan Sukan yang pertama sudi menerima modul ini, dan selaras permintaan mereka agar ‘melembutkan’ sedikit tajuk bengkel menjadi lebih santai, maka terhasillah nama Bengkel Intensif MuzikXpress dengan modul yang sedikit diedit bagi kesesuaian nama dan peserta remaja dan belia.

Hakikatnya, modul bengkel ini sesuai digunakan untuk bakat baru atau pemain dan penggiat muzik lama dan baru memasuki pasaran dan dalam masa yang sama masih memiliki setiap aset track single album yang mereka terbitkan. Seterusnya mereka boleh menikmati janaan pendapatan dari pelbagai saluran (funnels) walaupun saat mereka sedang tidur atau sudah meninggal dunia.

Bengkel Intensif MuzikXpress di Unit Latihan Politeknik
Sultanah Bahiyyah, Kulim, Kedah

Janaan dari monetizing dan Royalti Persembahan Awam

Janaan pertama dari rakaman boleh terhasil dari monetizing di pelbagai digital streaming platform (DSP) seperti Spotify, Apple music, Joox dan lain-lain. Janaan kedua boleh dihasilkan dari royalti persembahan awam (iaitu rakaman-rakaman yang dimainkan atau disiar di tempat awam dan venue perniagaan) yang dikutip dari stesyen-stesyen radio, tv, pusat-pusat-pusat karaoke, venue konsert, kelab dan DSP social media seperti tiktok, instagram, Facebook, smule, wesing, starlite, dan lain-lain yang mana menggunakan muzik samada untuk kegiatan peribadi atau untuk perniagaan.

Janaan ketiga boleh terhasil dari kutipan royalti kepada pemilik rakaman (baik audio dan video seperti official video music dan video lirik) dan janaan seterusnya adalah hasil kutipan sebagai pelaku rakaman baik sebagai penyanyi, pemuzik yang memainkan rakaman atau penceramah yang hanya menggunakan vokal untuk rakaman.

Kesemua janaan ini adalah dari industri rakaman muzik saja yang dinilaikan oleh IFPI (International Federation of the Phonographic Industry) menerusi global report yang mencatatkan nilai industi rakaman muzik pada tahun 2022 adalah sebanyak USD22.6 billion. Bayangkan jika kita satukan nilai ini dengan lain-lain sektor ekosistem industri iaitu antaranya persembahan dalam bentuk konsert, pendidikan, perkhidmatan ejen promosi, promoter, jualan merchandise fizikal dan lain-lain, nilainya sudah tentulah berganda-ganda!

Namun begiti ramai lagi yang masih tidak memahami asasnya iaitu bagaimana membuat pendaftaran setiap aset track rakaman mereka! Ini menyebabkan ramai mereka memuatnaik rakaman ke DSP secara langsung yang menyebabkan aset  rakaman ini tidak dapat dikenali oleh platform media social yang akhirnya menghantar kutipan-kutipan hasil royalti ke organisasi kutipan royalti berlesen tempatan yg akhirnya akan diklasifikasikan sebagai aset pemilikan, pencipta(komposer) dan pelaku yang tidak dapat dikenali atau tidak dapat dikesan.

Tanpa pendaftaran aset ini juga, anda gagal untuk monetize aset anda di pelbagai DSP, atau terdapat juga berlaku pihak lain yang mendaftarkan rakaman tersebut bagi pihak mereka sendiri!

Inilah antara perkongsian yang menjadi intipati bengkel Intensif MuzikXpress ini yang selama tempoh 3 jam turut menyediakan modul tips merakam lagu menggunakan homestudio untuk rakaman, tips cipta lagu mudah, perkongsian pengalaman artis/pemuzik dalam industri muzik, dan sesi jaming santai bagi menyediakan hiburan agar bengkel tidak menjadi bengkel akademik semata-mata.

IRAMA Cadang Anjur Bengkel Terbuka Kepada Penggiat, Pelajar dan Peminat Muzik

Justeru bengkel ini bakal menutup tirai untuk aktiviti tahun 2023 ini pada hujung Oktober di Sarawak dan Sabah serta WP Labuan, IRAMA bercadang melaksanakan Bengkel ini secara terbuka dengan hasrat ingin berkongsi dengan penggiat-penggiat industri dan pelajar-pelajar bidang muzik universiti dan kolej bagi berkongsi modul pembangunan usahawan muzik (music entrepreneurship) ini.

IRAMA juga berlapang dada untuk bekerjsama dgn mana-mana pihak yang ingin menjemput kami mengadakan bengkel ini di lokasi pilihan mereka sendiri. Hubungi kami di akademiirama@gmail.com

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *