Bersama pemilik Sheikh Qalam Records, sdr Othman bersama DJ IRAMAfm dan pengurusan IRAMA, sdr Nazry

Mari bersama IRAMA jamming santai ala-ala karaoke atau diiringi pemuzik busker di booth Rakan Muda Rakan Muzik di Festival Budaya Putrajaya yang sedang berlansung di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya.

Jamming santai ini adalah salah satu modul yang terdapat dalam Bengkel Intensif MuzikXpress yang dianjurkan oleh Rakan Muzik bersama Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri serta dikendalikan oleh IRAMA. Setakat ini negeri Kedah, WP KL, P. Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak telah bejaya diadakan di daerah-daerah yang terpilih.

Modul ini telah perkenalkan bagi memberikan keyakinan kepada bakat-bakat baru untuk menampilkan diri secara live. Hasilnya dari bengkel-bengkel sebelum ini, ramai yang telah berjaya dicungkil dan IRAMA terkejut terdapat ramai anak-anak muda berbakat dan berkualiti berjaya keluar dari rasa malu dan kurang keyakinan tersebut. Kesan dari trend sekarang yang lebih kepada menyanyi dan bermain muzik di depan hp atau gajet telah menyebabkan ramai kalangan remaja dan belia berbakat hilang keyakinan asas untuk live secara terbuka dan misi Bengkel Intensif MuzikXpress sedang memproses bakat-bakat ini untuk dimasukkan dalam industri muzik Malaysia dan global.

Minggu hadapan IRAMA akan menjelajah Negeri Selangor bermula di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 4 Okt 2023. Pada 7 Okt pula, Bengkel Intensif MuzikXpress ini akan ke IKBN Peretak, Kuala Kubu Baru (pagi) dan sebelah petang ke SMK Bukit Kuching, Jeram. Pada esoknya 8 Oktober, IRAMA akan ke Kolej Professional MARA di Beranang di mana bengkel akan bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari.

Apa apa di booth Rakan Muda Rakan Muzik?

Bagi sesiapa yang berbakat samada menyanyi, bermain muzik atau mempunyai apa-apa persoalan tentang industri muzik, jom singgah ke booth ini.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *