Ke Arah Mewujudkan Pangkalan Data (Database) Penggiat, Pelaku dan Pelabur Industri Seni Kreatif Budaya Malaysia, IRAMA telah memulakan usaha mendokumentasikan rakaman-rakaman konten kreatif berbentuk lagu, puisi, syair, dikir barat, pantun, gurindam dan lain-lain irama etnik dalam pelantar digital pangkalan data iramaxchange yang sedang diusahakan oleh IRAMA.

Setelah berjaya membantu Persatuan Dikir Barat Kelantan (PENDIKIR) memulakan usaha pendigitalisasian konten dikir autentik pada tahun lepas dan awal tahun ini, IRAMA meneruskan usaha ini dengan melaksanakan projek penerbitan album IRAMA SYAIR MALAYSIA dengan sokongan dana Insentif Seni di bawah Kementerian Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang akan berada di semua platform digital streaming bermula 27 November 2024 ini.

Dengan bantuan tenaga pemikir dan penasihat serta penggiat syair iaitu Sasterawan Negara YBhg. Dato’ Dr. Zurinah Hassan, Dr Shafa’Atussara Silahudin (Penyelidik Seni Budaya/Pengetua Akademi Syair Malaysia) dan Pak Laden Nuawi (Penulis dan Penyair berpengalaman) dengan kerjasama label Loonaq Records telah berjaya menerbitkan album yang julung-julung kalinya dibuat di negara ini, walaupun syair adalah salah satu seni budaya Melayu lama yang antara berpengaruh di dalam kebudayaan Malaysia.

11 lagu syair dari irama klasik seperti irama Mayang dan irama Selendang Delima serta selainnya adalah ciptaan irama baru, telah dirakam, dimetadata dan didaftarkan hakmilik pencipta dan penulisnya, hakmilik rakaman (irama baru) dan pelaku bagi membolehkan syair diperdengar dan ditonton serta di monetize ke semua Digital streaming platform popular seluruh dunia. 

Usaha ini akan meninggalkan jejak digital (digital footprint) bagi semua lagu-lagu syair dlm penerbitan album IRAMA SYAIR MALAYSIA ini termasuklah semua pemilik dan pelaku termasuk pelabur yang memanfaatkan semua pengguna mencari asal-usul lagu-lagu ini, menggunakan lagu untuk tujuan perdagangan, atau tujuan penyelidikan, serta memudahkan pihak kerajaan membuat dasar-dasar yang lebih tepat untuk pengembangan atau mengekspot seni budaya Malaysia ke luar negara.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *